SALAM KEMERDEKAAN

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini akan terus kekal.

27 thoughts on “SALAM KEMERDEKAAN”

  1. Assalak mualaikom Tun

    Tujuan saya masuk ke blog Tun hanya semata-mata nak memberi ucapan terima kasih kerana sudi menanda tangani buku saya (Latipah Md Sidek) “A Doctor In The House” melalui En.Shahrill A.Aziz (Proton personnel) . Saya hutang Tun 10 sen ka? Macam mana nak bayak?
    Anyway glad to know you have not lost your sense of humour.Keep it up Tun.May Allah swt guides and bestows you with good health and long life. Amin

  2. Assalammua’laikum wrt… Tun yang dihormati,

    Kita” merujuk kepada diri penulis, berbahagia Tun dan pembaca mesej ini.

    1. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi kita rezeki yang melimpah ruah, keamanan, kemakmuran, dan yang paling utama memberi kita nikmat Islam. Janganlah sampai kita lupa bahawa kenikmatan tersebut hanyalah sementara di alam dunia ini dan Allah boleh menariknya pada bila-bila masa. Mungkin selepas dari membaca mesej ini, Allah mencabut nikmat nyawa kita kerana yang hidup pasti mati. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT wajib dilaksanakan dan diamalkan.

    2. Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tun kesihatan mental dan fizikal, dipanjangkan umur, diberi taufik hidayah dan dirahmati Allah SWT selalu. Amin.

    3. Saya amat berminat untuk memberi sedikit komen mengenai ucapan Berbahagia Tun ada disiarkan dalam TV mengenai ulang tahun kemerdekaan kita yang 54 ini.

    4. Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tun di atas pengakuan ikhlas Tun dalam ucapan tersebut. Diatas kejayaan kita berjaya mentadbir negara mengikut cara kita sendiri tanpa diganggu oleh anasir luar.

    5. Memang benarlah apa yang berbahagia Tun katakan itu, oleh sebab kita berjaya mentadbir negara mengikut cara kita sendiri (ikut acuan Tun) dan tidak mengikut sepenuhnya acuan yang Allah SWT dan rasul-Nya tetapkan. Maka negara kita telah melahirkan bangsa yang maju dari sudut fizikal dan kosong dari sudut rohaninya. (Ini saya tujukan khususnya untuk bangsa Melayu Islam.) Natijahnya, maka lahirlah bangsa yang berani melawan & menghina Allah SWT dan rasul-Nya dengan tidak menunaikan solat fardu, tidak berpuasa, tidak membayar zakat, mendedahkan aurat dikhalayak umum, berjudi, minum arak, berzina, pembuangan bayi, membeli nombor ekor, rasuah, memfitnah, menyalah gunakan kuasa, murtad, hiburan melampau, dan sebagainya.

    6. Nasihat saya mungkin boleh dianggap cucu kepada yang berbahagia Tun; selagi Allah SWT memberi kita nyawa untuk hidup di alam dunia ini. Selagi itu, Allah SWT masih memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki amalan seharian kita supaya selaras dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Muhammad SAW. Semoga kita mendapat kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin. InsyaAllah, sama-samalah kita mulakan dengan amalan nabi, solat fardu 5 waktu berjemaah di rumah Allah (Masjid) untuk menyembah Tuhan yang satu. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

    7. Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Terjemahan surah An-Nisa’ ayat 78)

    rgds
    Ibnu Sulaiman

    Komen² Terdahulu:-
    01. Jom Solat Fardu 5 Waktu Berjemaah
    02. Ciri-ciri Asas Pemimpin
    03. Yang Hidup Pasti Mati
    04. Islam Menolak Fahaman Asabiah, Perkauman dan Kebangsaan
    05. Bala Bencana!!! Apabila Hubungan Kita Dengan Allah SWT Tidak Dijaga
    06. Adakah anda orangnya yang sanggup menghina Allah SWT dan Rasul-Nya?
    07. Kata-kata Allah SWT dan Rasul-Nya paling tinggi makamnya
    08. Usahlah dibanggakan dgn Harta, Anak Pinak & Kuasa
    09. Kesan Buruk Sistem Kapitalis
    10. Iklan Kekosongan Jawatan

  3. Salam Tun.

    Saya nak memberi sedikit ulasan tentang kenyataan ahli majlis tertinggi merangkap timbalan presiden “persatuan tong kosong Malaysia”, iaitu saudara Mat Sabu, berkenaan peristiwa Bukit Kepong:

    1. Kominis2 yang Mat Sabu agongkan sebagai pejuang kemerdekaan tu berterusan membunuh(askar2 kita) dan membuat huru-hara walaupun selepas merdeka.
    Agaknya Mat Sabu tak faham erti pejuang kemerdekaan, walaupun sudah merdeka tapi masih boleh terus berjuang berbunuhan berbelas2 tahun lagi untuk kemerdekaan!

    2. Kedudukan Mat Indera dalam PKM samalah saperti kedudukan orang2 Melayu yang menyertai DAP atau PAP, jenis manusia yang sentiasa meminta diperalatkan sama saperti alibaba!! Mereka sanggup membodek (dan kadang2 berkorban) apa saja untuk kepentingan diri dan sanggup menjual bangsa sendiri.
    Memang diketahui umum bahawa sebilangan besar anggota kominis adalah kaum Cina. Paramount/Great leader Chin Peng hanya ingin menjadi ketua pemerintah Malaya, dan tidak sekali2 memberikan jawatan itu atau timbalannya atau penolongnya kepada orang Melayu. Rashid Maidin, Mat Indera dan lain2 Melayu yang jadi pak turut Chin Peng hanyalah alat PKM, sama saperti Melayu2 yang menyertai DAP/PAP!
    Jadi Mat Sabu ni yang mengagongkan sangat kominis sebenarnya adalah barua DAP untuk memerintah Malaysia!

    3. Malaysia tidak akan sekali2 jadi Negara Kominis.
    Oleh itu saya sangatlah berharap kepada sesiapa yang sokong Mat Sabu dan teringinkan sangat pemerintahan cara kominis pergi atau BALIK lah kenegeri China.
    Menyampah setiap kali kami dengar mereka membebel.

    Hanya mereka yang sebongok atau lebih bongok dari Mat Sabu aje yang percayakan kelentongnya!

  4. Salam Tun,
    1. Saya dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Justeru itu saya hanya mendapat maklumat tentang sejarah perjuangan kemerdekaan melalui cerita dan apa yang dipaparkan oleh buku di sekolah dan tayangan di tv. Pun begitu ianya sudah cukup menusuk jiwa.
    2. Saya rasa perkembangan yang berlaku sejak akhir2 ini sebenarnya kerana semata2 demi kepentingan politik maka segala cara dihalalkan.
    3. Saya rasa biarlah Tun; Perkara ini kita berikan peluang kerana Pakatan Rakyat nampaknya begitu bersungguh2 benar nak merasai menjadi peneraju pemerintahan negara….
    4. Saya juga rasa kita kena mengamalkan Dasar Pintu Terbuka seperti Amerika dan Singapura barulah kita dapat diiktiraf sebagai negara maju.
    5. Kita juga perlu berubah kepada sistem Presiden dan menghapuskan monarki kerana dengan elaun yang dibayar kepada sistem monarki amat merugikan negara jika berbanding kos gaji hanya seorang presiden…Lagi pun kita nak Presiden @ Perdana Menteri dari suku kaum Orang Asli kerana difahamkan mereka adalah sesungguhnya Warganegara yang sejati.

  5. Salam Tun.

    Nampaknya Karpal sedang bersandiwara dalam aksinya bersama Mat Sabu @ Komunis PAS.
    Karpal berperanan sebagai “Good Cop”, Sabu sebagai “Bad Cop”. Apa yang pasti setelah PAS meninggalkan perjuangan negara Islam PASnya … mereka telah temui wadah perjuangan baru iaitu Komunisma yang dikahwinkan dgn Pluralisma dan Sekularisma. PAS akan jadi lebih hebat daripada Parti pimpinan Erdogan.
    Lihat saja reaksi kepimpinan PAS dan lidah fitnah rasmi mereka Harakah … sentiasa mencari bahan utk menyokong hujah Mat Sabu. Sokongan moral juga diterima daripada pengendali blog Matamin02 yang sememangnya seorang komunis pencen.
    Apapun biarlah Mat Sabu dan PAS terjun dgn labu-labunya.

    Kita yang masih waras ini mesti sentiasa sedar agenda yang dirancang mereka terutama isu DUMC aka Damansara Utama Murtad Centre, Kes Liwat yang terlewat, Jawatankuasa Parlimen SPR, Kes Demo Bersih Tiga Suku yang belum dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar perintah larangan dll.

  6. Teriak Merdeka Memecah Angkasa-
    Mengubat Derita berabad Lama-
    Kekalkan Jati Diri Bangsa-
    Moga Merdeka Kekal Selama

    Tun Yang DiKasihi,
    Salam Hormat & Salam Merdeka 54

  7. YTM Tun Dr. Mahathir
    Saya rasa ramai diantara “rakyat Malaysia” terutamanya “bangsa asing” yg dipecakapkan oleh Zulkiflee tidak dapat menyelamai erti merdeka kerana bagi status sebagai warganegara Malaysia ni kerap dipertikaikan oleh golongan golongan tertentu seperti UMNO , Perkasa dan pihak polis.

    Sebagai salah satu diantara bangsa asing tersebut sayaberharap golongan bukan Melayu akan meninggalkan Malaysia supaya tidak lagi dijadikan kambing hitam oleh puak UMNO, Perkasa dan Polis dan dituduh sebagai punca segala kemungkaran, rasuah, kronisme, jenayah dan budaya kuning yg semakin menular di Mesia.

  8. Assalamualaikum Tun.

    Salam kemerdekaan ke 54.

    Bila menceritakan tentang kemerdekaan,ia memerlukan pengorbanan anggota keselamatan.Dan pengorbanan ini memerlukan semangat dan jiwa yang kental dan cinta akan tanah air.

    Sebagaimana yang kita tahu,semangat ini turut dimanipulasi oleh ajaran-ajaran sesat seperti Memali dan Bukit Sauk.

    Ia adalah benar seperti yang saya fahamkan dalam buku pengajaran Syeikh Abdul Kadir Al Jilani bahwa apabila kita cinta kepada Allah swt,maka manusia,malaikat dan jin juga akan suka menuruti kita.

    Ia seperti UTK apabila keselamatan diri terancam.Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keselamatan negara.

    Yang menyesatkan adalah orang yang mengaku dirinya ‘Syeikh’.

    Tasawuf banyak diselewengkan terutama dalam bab kekebalan ini.Seperti yang kita baca tentang Memali dan Bukit Sauk.

    Kemerdekaan bermakna kita menjaga negara kita dari ancaman anasir luar.

    Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54.

    Terima kasih Tun.

  9. Salamsejahtera Tun Dan Keluarga
    Di harap Tun sihat di samping keluarga.

    Nak Tanyalah Tun bila buat Rumah terbuka?

    Terima kasih Tun

  10. Selamat Hari Merdeka Tun dan Tun Siti.
    Ini cerita tentang sibuta sejarah dan sang harimau yang suruh ‘retract’. Malas nak komen berasap-rasap nak marah atau meluat, sebab sebenarnya diorang tu tak da bende….belakon je.Tapi, sebab hari tu astro tayangkan cerita bujang lapuk…rasa gelihati sangat pulak, entah macam mana rasa macam ada kaitan walaupun suasana berbeza.
    Iyalah, bila sorang tu buat kenyataan buta sejarah dia, teringat pula dialog Ahmad Nesfu,…”kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang….”
    Bila sorang lagi suruh ‘retract’, terbayang cara dia suruh tu, entah-entah dia panggil si buta kat corner lepas tu guna Ahmad Nespu punya dialog…”diam lah seTTTaaNNN!”
    …naik basikal pakai sarong…..
    …naik basikal semacam beruk, tak da keje tolak abok
    Hmmph, diorang belakon.
    Kita nak ketawa ke nak melatah.
    Kami nak ketawa.
    [Dalam nada lain.]
    Hanya cerita pengalaman orang tua saja boleh buat saya faham tentang kemerdekaan. Pengalaman mereka menterjemahkan perasan saya tentang penjajah dan komunis.Setiap kita berbeza walaupaun dalam keadaan serupa.Kehidupan orang tua saya mungkin lebih baik tanpa penjajah dan komunis.Memang, penjajahan dan komunis adalah satu perkataan yang mempunyai makna yang panjang lebar.Tapi bagi orang tua saya, lebih menakutkan ialah manusia yang menjadi talibarut kepada dua perkataan ini, kepentingan mereka utama, yang lain itu kalau tak sehaluan nasib lah, apa nak jadi, jadilah.Emak pernah bertanya,..”orang putih dah datang balik ke?”…satu lagi, ..”melayu macam ni dah keluar balik ke?”
    Kita rapatkan saf semula..supaya tidak terjadi. Walaubagaimana pun, rasa cemas untuk anak-anak dan kemudiannya cucu ujud.Sekiranya kembali semula.kasihan mereka.
    Kedua-dua orang tua kami sudah tiada, yang tinggal hanya cerita-cerita mereka.
    Nanti PRU13, kami akan pergi mengundi semula.
    Selamat Hari Merdeka Tun dan Tun Siti, semuga senantiasa sihat dan gembira selalu disamping keluarga tercinta.. Assalammualaikum

  11. The ‘bankrupt’ western world is beginning to unleash their ‘subtle’ new world order agenda as malaysia celebrates our independence day. The spreading of the new religion called democracy has outpaced the call by centuries old commandment to spread the good news to judea, samaria and the ends of the earth. Already we are seeing the beginning of recolonialisation of the middle east and africa in the name of humanitarianism. Or is it? Neo conservative 2.0, iraq 2.0, kosovo 2.0, libya 2.0 etc…then we have bersih 2.0…..its a cruel world we are living in….everyone has an agenda of their selfish own….The world has lost true voices that speaks against the persecution of the weaker nations….the united nations is just a crying shame when help is needed from…instead it is being used to forward the elite’s agenda to conquer and control. Tun, during your premiership you have shown great courage to fend of attacks of the imperialistic west. As a result for better or worse they have never liked you …perhaps never will…but thats the true meaning of independence for a nation…without fear and favor…never to be colonialized again….and our future leaders must carry on what that has been achieved for us many decades ago. HAPPY MERDEKA MALAYSIA.

  12. Dear former PM of M’sia,

    You advocated all the time to de-colonise the mindset of M’sian during yout tenure as the PM, frankly no one can feel the de-colonising. There is a few example which everyone can see;
    a)Securities Commission which is suppose to be promoting the Malaysia capital market and encourage homegrown entrepreneur to take up the challenge to grow the capital market. If anyone have been dilligent enough, there have been no new homegrown entrepreneur in the stockbroking industry for the past 5 years. Instead Securities Commission have been liberally issuing licenses for foreign stockbroker to establish their presence in Malaysia. With their establishment in Malaysia, they would eventually snatch the client that are originally with the homegrown stockbroker.Securities Commission can always come out with an excuse that the foreign stockbroker can only market their service to the sophisticated client but time and again have proven their inconsistency in policy ie during the 1997 Asian Financial Crisis, Khazanah sold illiquid stockbroker to be merged with the financially sound stockbroker. I bet you can remember this one.This comes with the sweet promise from Ministry of Finance that if any stockbroker buy one of the illiquid stockbroker in the process becoming a 1+1, they are free to expand throughout Malaysia without any hurdle.
    Then suddenly in early this year, Securities Commission reverse its stand and allow all stockbroker irregardless whether they have purchase any other stockbroker during the 1997 Asian Financial Crisis to expand as they like all over Malaysia.
    Some stockbroker paid RM100 Million to Khazanah for this national service to assist the government in restructuring non performing assets in 1997 and the government in a sudden change of heart, there is no such thing as gratitude.
    Later on the Securities Commission added another insult to the injury by rolling out the red carpet to almost every foreign stockbroker into the country to kill off the homegrown stockbroker.
    Like the saying goes in Malaysia, anything that is from outside of Malaysia is always better especially if they are from western world. That shows the Ministry of Finance mindset is still being colonised by the western idealisme where anything from the west is better. Homegrown stockbroker should be phased out asap as they are lack of standards in the eye of the westener.
    b)You are a doctor and you know well that nothing is predictable. In Malaysia the waiting time for a patient to see a doctor in the public healthcare can stretch up to 5 hours. This is no difference from our former colonial master, the British National Health Service. We have been liberated from the British rule and yet our public healthcare is still having the same standard as them. Even worse, the health ministry due to lack of money could not afford to give best care for the cancer patient resulting them to fork out fortunes to find a cure. Where have the taxpayer money gone? Why are our standard is still equally worse as our former colonial master although we have been liberated?
    You can choose not to publish this comment as it is very sensitive indeed. Even if you publish, the government of the day won’t change the stand that anything from outside of Malaysia is always better.
    As you wrote this blog, its hosted in the US. I noted that whenever you change your blog from one host to another, all the bad comment would have been erased and never published. Maybe thats a defensive way to ensure only the nice thing are remember and said.

  13. Selamat hari raya, maaf zahir batin buat Tun dan isteri.
    Selamat menyambut hari Merdeka…..
    Kemerdekaan yang telah dicapai, adakah sekadar memperingatinya atau berusaha mengekalkannya apabila ada yang mempertikaikan kemerdekaan itu,…
    Tun,
    Apakah yang tersirat apabila perjuangan kemerdekaan dan pengisiannya selama ini dipertikaikan? Kemana halatuju yang ingin dipesongkan dan kesannya?
    Semoga kita tidak dijajah semula demi masa depan anak cucu kita.

  14. saya amin kan…amin2…..semuga org2 yg cuba nk memecah belahkan m’sia Allah beri petunjuk n kesedaran hendakNya….
    tapi sayangnya la ni ni makin ramei yg celupar…mama ISA yg kita duk pertahan kan….naper tak ader tindakkan pd mat sabu…
    saya sgt kesal dgn kepimpinan najib yg lemah dah ler hisham lembik…asyik2 amaran2…letihhh…..agak2 ler hisham…..cacing dh masuk mater…kaduk dah naik junjung…..

  15. Salam Tun,

    Serangkap pantun buat Tun.

    Merdeka Melayu tidak di negeri sendiri
    Nasib dijajah Melayu kuku besi
    Baik lagi dijajah Nilai Murni
    Barulah Aman, Makmur, berHarmoni.

    Terima Kasih Tun

  16. Salam Yg Bhg Tun,

    Sesungguhnya meraikan Hari Kemerdekaan mengingatkan kita kepada perjuangan kepimpinan terdahulu seperti Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan lain-lain kepimpinan dari berbagai kaum menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dari penjajah British tanpa sebarang pertumpahan darah. Detik yang amat bersejarah itu amat wajar dikenang, dihargai dan diambil ikhtibar oleh semua rakyat Malaysia dari berbagai kaum tanpa mengira perbezaan budaya, anutan agama dan ideologi politik.

    Kita amat kesal dan terguris perasaan kerana ada dikalangan rakyat Malaysia (kalangan ahli politik dan rakyat biasa) yang buta sejarah, sanggup mempertikaikan dan memperlekehkan perjuangan bangsa seperti pasukan keselamatan (Polis, Tentera, Homeguard, Jungle Squard, AC dan berbagai pasukan keselamatan lain) menentang pasukan pengganas komunis demi mempertahankan maruah negara dari dijajah dan diperintah oleh pasukan pengganas komunis (pemerintahan komunis). Mereka-mereka yang tersebut di atas adalah sebenarnya pejuang dan wira negara tulin, bukan pasukan pengganas kominis yang menggugurkan pasukan keselamatan (Polis) di Bukit Kepong seperti yang digembar gemburkan dikalangan pemimpin parti pembangkang.

    Kita sebagai rakyat yang mempunyai semangat jati diri yang tulin, seharusnya bersyukur ke hadhrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya jua telah menyelamatkan kita semua dari bala bencana akibat cengkaman ideologi dan pemerintahan kominis. Hari ini negara Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen, bebas dari ssebarang pengaruh luaran yang boleh menggugat keharmonian negara dan rakyat. Marilah kita sama-sama mempertahankan kemerdekaan dengan hati yang jujur dan ikhlas. Sesungguhnya sejarah negara amat tidak wajar dijadikan bahan politik untuk meraih sokongan terhadap seseorang ahli politik atau imej sesuatu parti politik.

    MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

    Salam hormat Tun.

  17. Salam YAB & diKasihi Tun,

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 kepada Tun sekeluarga.

    Tun ialah PEJUANG kemerdekaan yang sebenar kerana Tun masih lagi berusaha sedaya-upaya untuk memerdekakan kebanyakan bangsa Melayu yang masih lagi tidak merdeka dari segi PEMIKIRAN…Mereka ini amat mudah diperkotak-katik & diperguna oleh orang yang sentiasa cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  18. Sempena perayaan berganda yang julung-julung kalinya ini izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada Tun dan keluarga. Semoga Tun dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat keberkatanNya.
    Amin

    Wassalam

  19. Salam Bahagia Tun,

    Selamat Merdeka kepada semua warga Malaysia dimana jua kamu berada.

    Kita berharap dengan Kemerdekaan Malaysia yang dah meninjau 54 tahun ini, Rakyat tidak akan bersia-sia akan nya dan seharusnya berbakti kepada negara dengan menjadi seorang Rakyat yang cekap, berwawasan, beramalan, dan senantiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum, dan agama.

    MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

  20. Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,

    Dengan izin, saya kongsikan sesuatu.

    Dalam bulan Ramadhan, saya ke bank utk urusan kemasukan cek. Ketika megambil borang ada seseorang dengan ‘cebek’ berkata kpd saya ‘tengok tu….. bendera yang dipasangnya, hal Ramadhan tak ada langsung’ (ketika itu bangunan Sultan Abdul Samad telah dipasang dengan banyak bendera Malaysia)

    Orang yang bercakap tu adalah penyokong parti Islam PAS,

    Saya pun berkata pula kpd nya, ‘pasang bendera tidak salah, malah tiada halangan dan menjadi kesalahan pun dalam syari’at’.

    Dia tersentak,

    Saya sambung lagi, ‘yang salah ialah, orang yang bersikap sentiasa menyalahkan, orang yang sentiasa memburukkan orang.

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN TNGDrM

  21. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    Izinkan,

    …Semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini akan terus kekal.
    Maka K.A.M.I ( Kita Anak Malaysia Insaf) yang cintakan tanahair, tanah tumpahnya darahku ini sulamkan KEMERDEKAAN nya dengan Kasih dan Sayang, dengan sikap yang positif dan membina dan dengan mencontohi sifat ikhlas, suci, jujur dan benar Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w..
    demi bangsa, negara dan agama, demi masa depan jenerasi mendatang.

    Jauhi sifat Khianat, Hasat dan Dengki yang hanya akan merugikan dan menghancurkan keamanan, kesejahteraan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini.

    Hanya dengan semangat insaf dan bersyukur dan cintakan negara dan dengan satu suara dan langkah seirama, kita mampu memajukan negara tercinta ini dan melindunginya dari apa jua jenis penjajahan..

    ‘WAWASAN 2020 BUKAN TITIK PENYUDAH BAGI JENERASI MENDATANG IA BERMULA’

    ALFATIHAH, AMIN
    Ps. Pancarkan Sayang, Rasakan Nadi

  22. Assalamu’alaikum Tun,

    kalau inginkan Kemerdekaan dan Kedamaian berkekalan,terlalu dulu pastikan Undang-undang dapat terus berdiri tegak.bukan berdiam terhadap provokasi-provokasi berterusan yg dilancarkan oleh kaum pendatang yg memperalatkan segelintir oppurtunist melayu seperti Anwar dan Mat Sabu.

    penjarakan mereka!!!

    indah nya akan lebih manis Merdeka kalau kita tidak terpaksa berkongsi bumi dgn orang asing.

    terimakasih Tun

  23. Assalamualaikum Tun.

    Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 54.

    Selalu kita dalam khayalan bahawa apa yang tidak disebut dalam catitan sejarah adalah sesuatu yang hebat dan patut disebut.

    Seperti apa yang terlihat pada pandangan mata kita bahwa tiada tokoh ulama yang disohorkan ketika kemerdekaan.

    Mungkin kita terlupa bahawa Nabi SAW juga manusia biasa (yang istimewa) berjalan jalan ke pasar seperti kita semua.

    Seperti juga tasawuf.Gambaran pakaian bukan gambaran sebenar.Samada berpakaian seragam atau pun berseluar pendek.

    Hidayah adalah kepunyaan Allah SWT.Maka ia akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Beruntunglah sesiapa yang memilikinya.Kerana tiada tujuan lain selain dari menjadi hamba kepada Sang Pencipta dan cinta kepadaNya.

    Bagi yang mencari apa yang tersembunyi,umpama membawa bekal wang yang akan didekati ramai orang,tetapi setelah diketahui tiada apa yang perlu diwar-warkan sepertimana ketika mula mencari.

    Maka dapatlah kita ketahui bahawa Mat Sabu itu adalah tin kosong.

    Terima kasih Tun.

  24. Selamat Hari Merdeka, Tun. Semoga keamanan seperti sekarang dapat dikekalkan. Harap Tun dan keluarga sihat sentiasa….

  25. Kemerdekaan memanglah satu hal yang boleh membanggakan setiap rakyat Malaysia. Namun, kermerdekaan akan menjadi satu hal yang tidak bermakna suci sekiranya ada segelintir tokoh-tokoh politik yang berpengaruh masih berpegang kuat pada dasar kerajaan ‘Divide and Rule’ (Pecah dan Memerintah) yang sudah mereka mewaris daripada pemerintah jajahan British sebelum Malaysia mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Apakah alasan betulnya rakyat Malaysia mesti dipecah-belah mengikut warna kulit antara kaum? Kenapa rakyat Malaysia masih dipisah dari segi politik mengikut kumpulan ‘Bumiputera’ dan kumpulan ‘Bukan-Bumiputera’ lepas 54 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan? Apakah orang Malaysia betul-betul sudah mencapai Kemerdekaan sepenuhnya daripada pengaruh buruk orang Barat seperti pemikiran ‘Divide and Rule’? Sampai bilakah orang Malaysia baru sanggup membanteras pemikiran sempit seperti etnosentrisme dan rasisme agar Malaysia betul-betul mencapai Kemerdekaan sepenuhnya daripada kurungan mental oleh orang Barat?

Comments are closed.