1. Anwar mendakwa saya telah curi berbillion duit Kerajaan semasa saya jadi Perdana Menteri.
2. Saya hairan kerana saya tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu dimana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion ini.
3. Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin. Saya sanggup bawa balik 100% duit yang dikatakan ada pada saya dan derma semuanya kepada orang miskin. Tetapi Anwar kenalah beritahu kepada saya dimana duit ini berada.
4. Mungkin ada di bank Switzerland. Saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Najib ada akaun dalam Ambank. Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100% dari duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu.
5. Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion Ringgit wang Kerajaan yang saya curi.
6. Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas.
7. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar 150juta Ringgit kepada saya.