SOKONG PALESTIN

1. Saya kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.

2. Mereka sudah sampai ke tahap tidak hadir kuliah oleh profesor mereka. Ada yang tolak sijil semasa majlis konvo dan keluar dari acara.

3. Sesungguhnya siswa-siswi Amerika dan Eropah membantah dengan sekuat-kuatnya pembunuhan beramai-ramai orang Palestin oleh Israel.

4. Dan Afrika Selatan membawa kes genosid oleh Israel ke Mahkamah Antarabangsa.

5. Tetapi di negara-negara Islam tidak ada banyak reaksi. Tidak ada penuntut universiti yang mengecam Israel dengan sifat kebinatangan mereka.

6. Dan di Malaysia penuntut universiti tidak pun menyuara bantahan terhadap Israel.

7. Kenapa?

8. Apakah Malaysia tidak berperasaan apa-apa apabila 40,000 orang Gaza, perempuan, kanak-kanak dan bayi dibunuh oleh Israel.

9. ?